Home Ulasan Wartawan MANFAAT ‘HIKING’ UNTUK BADAN

MANFAAT ‘HIKING’ UNTUK BADAN

255
0

Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan ImedikelTv

Aktiviti mendaki sangat sinonim dilakukan dikawasan berbukit-bukau, bergunung-ganang, berlembah atau bergenting tinggi yang berbatu, berpasir, atau bertanah alun.  

Mendaki adalah merupakan sejenis aktiviti lasak yang membolehkan individu itu melakukan pendakian, di atas tapak alam semulajadi, atau lebih tepat lagi mengikut aliran trail atau jalur yang telah di tetapkan.

Umum kita ketahui aktivti lasak seperti mendaki bukit atau lebih dipanggil sebagai hiking ini telah menjadi aktiviti yang diminati tidak mengira usia

Siti Nur Sakinah Zahrah 24, ketika dihubungi berkata, aktiviti mendaki bukit adalah aktiviti yang dapat memberikan kebaikan kepada tubuh badan.

Sakinah berkata aktiviti lasak ini seronok dilakukan bersama rakan.

“Saya baru sahaja selesai melakukan pendakian di Bukit Panau Tanah Merah, dan antara manfaat melakukan aktiviti mendaki ini adalah utamanya saya dapat sihatkan tubuh badan, lepas tu yang paling tak sabar adalah nak tengok pemandangan indah di puncak, bila sampai puncak memang seronok dapat tengok pemandangan yang cantik.”

Katanya aktiviti seperti ini memerlukan daya kekuatan pada kaki serta stamina badan yang stabil supaya tidak mendatangkan keburukan semasa melakukan pendakian.

Senada dengan Sakinah, Nur Khairunnisa dari Kampung Melawi berkata aktiviti lasak ini dapat membantu individu menyihatkan tubuh badan.

“Bagi saya mendaki tu dapat menyihatkan tubuh badan, lebih-lebih lagi saya memang peminat aktiviti ‘hiking’ ni. Antara manfaat yang saya peroleh setelah mendaki adalah saya dapat mengeluarkan peluh serta toksin dalam badan, selain itu saya dapat  melegakan hormon endorphin maknanya dapat melegakan tekanan lah dan dapat menggembirakan hati dengan tengok pemandangan cantik di puncak bukit,” Katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Katanya mendaki dapat mengurangkan tekanan kerana individu itu dapat berinteraksi dengan alam sebagai contoh dapat melihat tumbuh-tumbuhan yang jarang ditemui dan menghirup udara segar.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here