Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Polis menafikan dakwaan bapa salah seorang suspek kes kematian penuntut kolej dengan 61 kesan tikaman adalah pegawai kanan polis berpangkat besar.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, dakwaan itu adalah tidak benar dan tiada kenyataan rasmi daripada pihak polis berkaitan dakwaan itu.
“Siasatan orang ramai di media sosial melebihi daripada polis, dakwaan itu tidak benar, jangan percaya,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Tular di media sosial tentang bapa salah seorang suspek kes itu adalah pegawai kanan polis berpangkat besar selain turut mengaitkan suspek mempunyai ‘kabel’ atau pengaruh besar.
Media sebelum ini melaporkan mayat seorang penuntut Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, ditemukan oleh pendududk di atas jalan di Ketereh, pada tengah malam Jumaat.
Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum ditinggalkan di kawasan tersebut.
IMedikel TV






