BEIJING, CHINA: Analisis pelbagai faktor berkaitan kemalangan itu mendapati antara perkara yang mendorong kementerian pengangkutan china mengambil keputusan itu adalah, kewujudan poket udara dalam bangkai kapal berkenaan adalah amat terhad bagi membolehkan seseorang terus bernafas,
Beberapa negara menyertai sar itu termasuk Australia, India, Sri Lanka, Indonesia dan Maldives.
Penyelam Sri Lanka menemui tujuh mayat berkenaan di kabin kapal tetapi media rasmi cctv melaporkan, kewarganegaraan mangsa berkenaan belum dapat dipastikan.
Kapal nelayan ‘Lupeng Yuanyu 028’, karam minggu lalu di tengah lautan hindi dengan 39 kru kapal termasuk 17 anak kapal china, 17 warga indonesia dan lima dari filipina.
Kementerian pengangkutan dan pertanian bersama pihak berkuasa wilayah timur shandong mengecilkan operasi besar-besaran sar maritim kepada penyiasatan skala kecil selama 48 jam, lapor cctv memetik kementerian pengangkutan.
Sejumlah tujuh kapal kini beroperasi di lokasi tragedi berbanding 13 kapal sebelum ini, dengan bangkai kapal dikesan hanyut menuju ke arah timur laut.
Kapal nelayan berkenaan dimiliki oleh penglai jinglu fishery co ltd berpangkalan di shandong, china dan belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tragedi itu.
Sumber BH Online & AGENSI
Imedikel TV






