Home Luar Negara TEKNOLOGI DIGITAL FAKTOR UTAMA PERDAGANGAN MASA DEPAN – WTO

TEKNOLOGI DIGITAL FAKTOR UTAMA PERDAGANGAN MASA DEPAN – WTO

189
0

SEOUL, KOREA SELATAN: Ketua pengarah WTO, Ngozi Okonjo-Iweala, membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan usahawan muda dalam sektor digital di ibu pejabat gergasi portal internet Naver Corp, di Tenggara Seoul, Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap memetik kementerian perdagangan, industri dan tenaga.

WTO akan menyumbang untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa dan merangka dasar negara untuk memudahkan perdagangan digital, kata Okonjo-Iweala, sambil menyifatkan Korea Selatan kini menerajui dunia digital.

Mesyuarat pada selasa menarik berpuluh-puluh pegawai muda daripada syarikat digital inovatif di korea selatan, termasuk naver, gergasi e-runcit kurly corp dan pemaju peranti dan perisian untuk orang cacat penglihatan dot inc.

Okonjo-Iweala tiba di korea selatan pada isnin untuk rundingan dengan pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan mengenai peranan WTO dan Korea Selatan untuk memulihkan sistem perdagangan pelbagai hala dan isu-isu lain.

Sumber BH Online & BERNAMA-YONHAP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here