Home Luar Negara RIBUAN DIPINDAHKAN, BANJIR TANAH RUNTUH DI TRIPURA, INDIA

RIBUAN DIPINDAHKAN, BANJIR TANAH RUNTUH DI TRIPURA, INDIA

179
0

GUWAHATI/DHAKA: Seramai 65,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat hujan lebat mencetuskan banjir dan tanah runtuh di Tripura, hari ini, dengan 23 dilaporkan maut oleh pihak berkuasa.

Imej di televisyen menunjukkan anggota tentera mengerahkan bot penyelamat, manakala kereta dan bas terdampar di jalan-jalan dengan pegawai pengurusan bencana berkata, hujan tidak henti-henti turun sejak empat hari.

“Setakat pagi ini, kebanyakan sungai mengalir di bawah paras kritikal. Bagaimanapun, sungai Gomti masih terus mengalir di atas tanda bahaya,” kata pegawai, Suman Deb, yang menambah intensiti hujan berkurangan sejak malam semalam.

Beliau merujuk kepada sungai utama negeri itu, yang mengalir melalui daerah Comilla di negara jiran Bangladesh ke Teluk Benggala.

Pegawai itu berkata, mereka yang dipindahkan juga dikumpulkan di 450 kem dan setakat ini, sejumlah kira-kira 1.7 juta penduduk terjejas, termasuklah kerosakan yang meluas pada infrastruktur, tanaman dan ternakan.

Seorang pegawai pengurusan bencana pula berkata, kebanyakan kematian pula berpunca akibat tanah runtuh dan lemas.

Tentera India berkata, lebih 80 anggotanya menyertai usaha menyelamat dan sudah menyelamatkan 334 orang yang terkandas akibat air banjir yang semakin tinggi.

Di Bangladesh, Sungai Gomti sudah melimpahi benteng lewat semalam, sekali gus membanjiri sekurang-kurangnya 15 kampung dan menyebabkan ratusan keluarga kehilangan tempat tinggal.

Di Dhaka, beberapa orang mendakwa, banjir berpunca daripada pintu air empangan di India dibuka tetapi, dakwaan itu ditolak New Delhi.

Kementerian luar negeri juga menyangkal banjir disebabkan oleh air yang dikeluarkan dari empangan Dumbur Tripura di Gomti.

Pegawai berkata, jalan raya tersumbat di beberapa daerah Bangladesh turut menghalang usaha menyelamat dan bantuan.

Arus deras air banjir mengalir juga melalui daerah Feni, Moulvibazar dan Noakhali di mana jalan raya ditenggelami air menyebabkan tali terpaksa digunakan untuk membantu orang yang terkandas ke tempat selamat..

“Saya tidak pernah melihat banjir sebegitu seumur hidup saya,” kata penduduk Noakhali, Mohammad Alam.

Pihak berkuasa berkata, lebih 75,000 orang sudah dibawa ke lebih 1,500 tempat perlindungan di daerah yang dilanda banjir dengan bantuan tentera dan pengawal sempadan. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here