Home Buletin Semasa OPS TIRIS – 5,000 LITER MINYAK DIESEL BERSUBSIDI DIRAMPAS PENGUAT KUASA KPDN

OPS TIRIS – 5,000 LITER MINYAK DIESEL BERSUBSIDI DIRAMPAS PENGUAT KUASA KPDN

138
0

Berdasarkan statistik Ops Tiris dijalankan sejak dari 1 Mac 2023 sehingga 21 Mac 2023 itu mendapati sebanyak 2,582 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 69 kes telah dihasilkan yang melibatkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM 1.27 juta

Menurut kenyataan media, Selasa lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi OPS TIRIS dalam satu serbuan yang dilakukan ke atas sebuah premis tanpa nombor di Semenyih, Selangor yang disyaki dijadikan stor tempat penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi.

Serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya bermula kira-kira jam 9.30 malam itu adalah hasil risikan yang telah dilakukan oleh pihak KPDN selama beberapa hari sebelum serbuan.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan premis, pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 5,000 liter serta beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel.

Minyak diesel, pam bermotor, paip penyambung, beberapa dokumen berkaitan serta peralatan-peralatan lain yang ditemui di lokasi serbuan telah 2 disita bagi tujuan siasatan lanjut.

Nilai keseluruhan rampasan berdasarkan statistik penguatkuasaan OPS TIRIS dianggarkan berjumlah RM 13,250.00

Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu/syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut termasuklah sumber minyak diesel ini diperolehi dan diedarkan.

KPDN ingin memberi amaran keras ke atas mana-mana individu/syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta).

Sumber: KPDN

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here