Pencarian pada hujung minggu turut gagal menemui tiub seberat 25 kilogram yang mengandungi caesium-137 yang sangat radioaktif, menurut Kittiphan Chitpentham dari syarikat awam bekalan tenaga nasional, yang memiliki loji itu.
Syarikat itu percaya ia mungkin terjatuh dari pelekap dinding, kira-kira 18 meter tinggi, beberapa hari sebelum kehilangannya disedari manakala ujian sinaran di loji menunjukkan ia sudah dikeluarkan dari premis.
Menurut Gabenor Prachinburi, Narong Nakornjinda, pihaknya meminta orang ramai di kawasan itu untuk membantu mencarinya.
“Bahan radioaktif berada dalam keadaan tertutup dan terlindung, tetapi jika seseorang membukanya dan terdedah kepada bahan itu, ia boleh menyebabkan ruam serta melecur.” – Narong Nakornjinda, menurut gabenor prachinburi
Difahamkan, silinder yang hilang adalah sebahagian daripada peranti yang digunakan untuk mengukur tekanan wap di loji, bagaimanapun tidak dinyatakan berapa banyak caesium-137 di dalamnya.

Pejabat atom bagi keamanan iaitu agensi kerajaan Thailand yang bertanggungjawab untuk penyelidikan nuklear, berkata loji itu menggunakan rakaman pengawasan bagi cuba mengenal pasti siapa yang mengambil silinder itu dan memberi amaran supaya tidak membukanya.
“Jika seseorang memecahkan silinder, anda terdedah secara langsung kepada risiko kanser yang tinggi dan penyakit serius. jadi, tolong jangan pecahkan silinder itu.” – Permsuk Sutchaphiwat, Setiausaha Pejabat Atom bagi keamanan
Kes silinder yang hilang menyusuli kes sama di Australia di mana pihak berkuasa berjaya menemui kapsul radioaktif kecil yang terjatuh dari sebuah trak di lebuh raya pedalaman terpencil pada pertengahan Januari, selepas dua minggu pencarian.
Sumber: BH Online & AFP
– Imedikel TV






