Home Luar Negara POLIS, PENYOKONG IMRAN KHAN BERTEMPUR

POLIS, PENYOKONG IMRAN KHAN BERTEMPUR

191
0

Dilaporkan, pekerja Parti Pakistan Tehreek-E-Insaf (PTI) Pimpinan Imran memulakan keganasan hingga mencederakan beberapa pegawai polis dengan menggunakan batu dan kayu, memaksa polis menembak meriam air ke arah mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara, Syed Shahzad Nadeem, berkata jika Imran dapat memastikan kehadirannya di mahkamah, ia akan menjadi lebih baik, jika tidak undang-undang akan bertindak.

“Pihak polis datang ke sini hanya untuk mematuhi perintah mahkamah.” – Syed Shahzad Nadeem, Timbalan Ketua Polis Negara

Pertempuran sama turut berlaku minggu lalu selepas mahkamah di Islamabad mengeluarkan waran tangkap dalam kes terhadap Imran atas tuduhan mengancam hakim dalam satu ucapannya tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri itu terbabit dalam beberapa kes mahkamah sejak penyingkirannya awal tahun lalu dalam undi percaya di parlimen.

Beliau menuntut undian mengejut dalam perhimpunan protes di seluruh negara, satu tindakan yang ditolak penggantinya, Shehbaz Sharif, yang mengatakan pilihan raya akan diadakan seperti yang dijadualkan pada akhir tahun ini.

Imran turut ditembak dan cedera dalam satu perhimpunan sebelum ini.

Sumber: BH Online & Reuters

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here