Home Segmen Kesihatan ELAK PANDANG REMEH PADA PENYAKIT ANGIN AHMAR

ELAK PANDANG REMEH PADA PENYAKIT ANGIN AHMAR

146
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Angin ahmar atau juga dikenali sebagai strok merupakan penyebab ketiga berlakunya kematian khususnya dalam kalangan golongan warga emas.

Meskipun begitu, itu tidak bermakna orang muda boleh mengabaikan simptom penyakit ini.

Bagaimanapun, ramai yang mengetahui tentang penyakit ini tetapi selagi tidak dihidapi oleh badan sendiri atau orang terdekat, mereka tidak akan mengambil serius tentang penyakit tersebut.

Penyakit ini berlaku apabila keadaan saluran darah pecah pada bahagian otak sehingga membawa kepada pengurangan bekalan oksigen ke bahagian otak dan menjadi rosak.

Otak berfungsi mengendalikan semua perkara seperti pergerakan atau fungsi motor dan pertuturan.

Bila seseorang menghidapi angin ahmar, terdapat dua jenis utama angin ahmar antaranya ialah:

  1. Ischemic Stroke di mana aliran darah pada otak terhalang (sempit atau tersumbat) yang boleh menyebabkan bekalan oksigen ke otak terjejas.
  2. Hemorrhagic stroke berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah, keadaan ini akan meningkatkan tekanan pada bahagian otak dan mengakibatkan sebahagian dari tisu otak rosak.

Penyumbang kepada penyakit angin ahmar tergolong kepada dua jenis faktor risiko iaitu terkawal dan tidak terkawal.

Faktor risiko yang tidak dapat dikawal adalah:

  1. Jantina – Kes ini lebih kerap berlaku dalam kalangan kaum wanita berbanding kaum lelaki.
  2. Umur – Semakin umur meningkat, semakin tinggi risiko untuk kita mendapat penyakit strok terutamanya apabila mencecah 65 tahun dan ke atas.
  3. Sejarah keluarga – risiko angin ahmar boleh meningkat jika anda mempunyai isu kesihatan genetik seperti tekanan darah tinggi.

Manakala faktor risiko yang dapat dikawal ialah sesuatu yang dapat diubah seperti:

  1. Tekanan darah tinggi
  2. Kencing manis
  3. Paras kolesterol tinggi
  4. Merokok
  5. Berat badan berlebihan
  6. Tekanan atau stress
  7. Pemakanan tidak sihat
  8. Pengambilan minuman keras berlebihan

Bagi mereka yang diserang strok, mereka boleh menjalani rawatan fisioterapi bermula dari hari pesakit diserang strok sehingga enam bulan.

Fisioterapi dikelaskan sebagai salah satu rawatan rehabilitasi dan pelbagai program senaman yang boleh dijalankan oleh pesakit strok.

Apabila menjalani rawatan fisioterapi, antara rawatan yang boleh dijalankan oleh ahli fisioterapi adalah senaman regangan pada anggota badan untuk mengelakkan otot dan sendi menjadi keras.

Selain itu, senaman untuk menguatkan otot bagi mengembalikan fungsi pergerakan anggota badan, Neuromuscular Electrical Stimulation (NMES) adalah dapat membantu memperbaik kelemahan otot, Latihan Keseimbangan & Gait Training, penukaran posisi baring, duduk dan berdiri serta pergerakan halus.

Ahli fisioterapi akan membuat pemeriksaan menyeluruh supaya dapat memberikan rawatan yang sesuai dengan kondisi pesakit.

Hal ini kerana setiap pesakit mempunyai kondisi yang berbeza maka rawatannya juga perlu berbeza.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here