Home Luar Negara ULAR TERTELAN TOMBOL GEAR

ULAR TERTELAN TOMBOL GEAR

153
0

WASHINGTON: Kepakaran doktor haiwan di Maryland, Amerika Syarikat (AS) membantu menyelamatkan seekor ular yang tertelan tombol gear.

Portal UPI melaporkan, objek itu dikeluarkan melalui pembedahan dan dikenal pasti sebagai tombol gear dari sebuah kereta.

Pusat Hidupan Liar Peluang Kedua di Gaithersburg menerima maklumat haiwan itu tertelan objek asing yang tidak diketahui.

“Ia biasa berlaku pada ular tikus kerana bola golf dan telur umpan sering disalah erti sebagai telur ayam segar.

“Dalam kes ini, objek itu terperangkap di dalam perut ular terlalu lama sehingga terdapat lubang pada kulit ular berkenaan,” tulis pusat berkenaan menerusi hantaran di Instagram (IG).

Difahamkan, ular itu kini sudah pulih sepenuhnya.

Haiwan itu dilepaskan semula pada musim bunga. – AGENSI, HMetro Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here