Home Sukan SKUAD PIALA DUNIA IRAN TIBA UNTUK LATIHAN DI SELATAN TURKIYE

SKUAD PIALA DUNIA IRAN TIBA UNTUK LATIHAN DI SELATAN TURKIYE

2
0

ANTALYA: Pasukan bola sepak Iran tiba di Turkye, hari ini, bagi menjalani kem latihan dan melengkapkan permohonan visa menjelang Piala Dunia 2026, menurut wartawan AFP.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, seramai 22 pemain dan barisan kejurulatihan dalam delegasi ‘Team Melli’ tiba di pusat peranginan Antalya dengan mereka dilihat meninggalkan lapangan terbang memakai sut latihan berwarna biru gelap.

Pemain dijangka berada beberapa minggu di sana sebelum menuju ke kejohanan global yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat (AS), negara yang mula melancarkan pengeboman ke atas Iran pada 28 Februari bersama Israel sehingga mencetuskan perang.

Pasukan itu akan berpangkalan di Arizona, AS dan akan bermain semua tiga perlawanan kumpulan di sana walaupun perang hanya dihentikan sementara menerusi gencatan senjata sejak 8 April lalu.

Bagaimanapun, rundingan yang masih buntu, serangan dron baharu pada hujung minggu ke atas negara Teluk serta ancaman terbaharu Presiden AS, Donald Trump meningkatkan kebimbangan bahawa pertempuran boleh kembali tercetus. 

Pasukan itu berharap dapat mengadakan dua aksi persahabatan di Antalya termasuk menentang Gambia pada 29 Mei, menurut Sam Mehdizadeh, warga Iran-Kanada yang mengetuai syarikat pengurusan aksi persahabatan pasukan dan sedang berusaha mendapatkan satu lagi perlawanan. 

Iran dan AS memutuskan hubungan diplomatik pada 1980 dan pemain akan menggunakan masa di Turkiye untuk melengkapkan permohonan visa, kata ketua jurulatih, Amir Ghalenoei pada Sabtu lalu.

Minggu lalu, Iran mengadakan majlis pelepasan pasukan di Dataran Enghelab di tengah Tehran dengan pemain disorak penyokong yang mengibarkan bendera, menurut rakaman televisyen negara itu.

Namun, tidak semua memberikan sokongan penuh.

Sepehr, pelajar berusia 19 tahun dari Tehran berkata, ramai tidak melihat pasukan itu sebagai mewakili rakyat, sebaliknya skuad yang dipilih khas oleh pihak berkuasa.

“Pasukan ini bagi ramai orang bukan mewakili rakyat Iran, ia adalah pasukan Republik Islam dan dalam fikiran ramai, ia akan kekal sebagai pasukan paling dibenci pernah ada,” katanya kepada wartawan AFP di Paris menerusi telefon.

“Mereka menjual diri sendiri dan rakyat Iran demi wang, kejayaan dan status.”

Iran mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 pada Mac 2025, namun sejak itu AS sudah dua kali melancarkan serangan pengeboman intensif ke atas negara itu.

Pegawai AS menegaskan Iran dialu-alukan ke kejohanan berkenaan, manakala Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) menolak cadangan Iran supaya perlawanan mereka dipindahkan ke hos bersama iaitu Mexico atau Kanada.

“Biarkan mereka bermain,” kata Trump pada penghujung April lalu. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here