Home Sukan JUN HAO ENGGAN ULAS ISU DISIPLIN, MAHU FOKUS MALAYSIA MASTERS

JUN HAO ENGGAN ULAS ISU DISIPLIN, MAHU FOKUS MALAYSIA MASTERS

40
0

KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai isu disiplin yang dibangkitkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sebaliknya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap aksi di Malaysia Masters 2026 yang bermula esok.

Memetik laporan Berita harian, pemain ranking ke-25 dunia itu berkata, dia mahu terus fokus menghadapi kejohanan berkenaan dan berusaha memberikan aksi terbaik di gelanggang meskipun sedang berdepan tekanan susulan kenyataan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei.

“Sementara ini saya tak ada komen sangat pasal benda itu. Saya hanya fokus kepada kejohanan dan buat yang terbaik,” kata Jun Hao ketika ditemui selepas sesi uji gelanggang di Unifi Arena, hari ini.

Semalam, BH Sukan melaporkan Jun Hao diberi amaran terakhir oleh BAM supaya memperbaiki tahap disiplin atau berdepan risiko digugurkan daripada skuad kebangsaan.

Chong Wei turut mendedahkan pengarah kejurulatihan perseorangan kebangsaan, Kenneth Jonassen sebelum ini sudah mencadangkan supaya pemain berusia 25 tahun itu disingkirkan daripada skuad negara susulan masalah disiplin termasuk gagal memberikan fokus penuh ketika latihan selain tidak hadir ke sesi latihan. 

Mengulas perkara itu, Jun Hao mengakui dia pernah terlepas sesi latihan sebelum ini namun menegaskan ia disebabkan masalah peribadi. 

“Waktu itu memang saya ada terlepas latihan sebab ada sebab tertentu. Masalah peribadi,” katanya.

Bagaimanapun, juara remaja Asia itu enggan menjadikan isu berkenaan sebagai gangguan menjelang Malaysia Masters, malah percaya dia masih mampu memberikan aksi terbaik.

“Saya rasa tetap fokus saja. Saya hanya mahu pandang ke depan.

“Sasaran saya seperti biasa, ambil satu perlawanan demi satu perlawanan,” tambahnya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here