Home Luar Negara 92 TERKORBAN, ISRAEL SERANG TADIKA DI RAFAH

92 TERKORBAN, ISRAEL SERANG TADIKA DI RAFAH

130
0

GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin berkata sekurang-kurangnya 92 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh semalaman akibat serangan Israel termasuk di sebuah tadika di Rafah yang menjadi tempat berlindung mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Al Jazeeraa melaporkan, orang ramai berkumpul di luar hospital tempatan akibat serangan yang menyebabkan kemusnahan teruk dan kematian.

“Kanak-kanak baharu saja tidur, tiba-tiba pengeboman berlaku. Seorang daripada anak saya meninggal dunia manakala tiga berjaya melarikan diri,” kata penduduk Ahmad Bassam al-Jamal kepada agensi berita AFP.

Kebimbangan mengenai kemungkinan pencerobohan darat Israel ke bandar sempadan selatan meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan ratusan ribu pelarian dari bahagian lain Gaza mencari perlindungan di tempat perlindungan sementara dan kem.​ – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here