Home Luar Negara 3 KAKITANGAN WFP MAUT DI SUDAN

3 KAKITANGAN WFP MAUT DI SUDAN

112
0

KAHERAH: Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini berkata, mereka terpaksa menghentikan sementara semua operasi di Sudan selepas tiga pekerjanya terbunuh.

Pengarah eksekutif WFP, Cindy McCain, dalam satu kenyataan, berkata pekerja terbabit terbunuh dalam pertempuran antara tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF), semalam.

“Sementara kami menyemak keadaan keselamatan semasa di Sudan, kami terpaksa menghentikan sementara semua operasi di negara berkenaan.

“WFP komited untuk membantu rakyat Sudan yang menghadapi krisis makanan tetapi kami tidak boleh melakukan kerja menyelamatkan nyawa jika keselamatan diri dan keselamatan pasukan serta rakan kongsi kami tidak terjamin,” katanya.

Tiga pekerja WFP terbunuh dan dua lagi cedera dalam pertempuran di Kabkabiya di Darfur Utara.

Jurucakap WFP memberitahu Reuters bahawa tiga orang yang maut adalah warga Sudan.

McCain juga berkata, adalah sukar bagi kakitangan WFP untuk beroperasi selepas pesawat Perkhidmatan Udara Kemanusiaan PBB (UNHAS) ‘rosak teruk’ di lapangan terbang Khartoum, Sudan semasa pertempuran semalam.

Katanya, kes itu turut menjejaskan keupayaan pertubuhan untuk memindahkan pekerja kemanusiaan dan bantuan di Sudan.

Terdahulu hari ini, PBB mengutuk pembunuhan pekerja WFP dan menyatakan mereka terbunuh ketika menjalankan tugas.

Ketua Misi Bantuan Peralihan Bersepadu PBB (UNITAMS), Volker Perthes, pula menyuarakan sara terkejut dengan laporan mengenai serangan terhadap entiti PBB dan premis kemanusiaan lain.

“Kami juga menerima laporan premis PBB dirompak dan premis kemanusiaan lain di beberapa lokasi di Darfur’,” katanya yang mengetuai pertubuhan diwujudkan pada 2020 untuk menyokong peralihan daripada pemerintahan tentera kepada demokrasi di Sudan,

Perebutan kuasa antara tentera Sudan dan RSF setakat ini sudah membunuh 56 orang awam dan mencederakan 595 orang, termasuk pejuang.

Pertempuran tercetus pada semalam, antara unit tentera yang setia kepada Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan RSFyang diketuai Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo, juga dikenali sebagai Hemedti.

Ia adalah pertempuran pertama seumpama, sejak kedua-duanya bergabung untuk menggulingkan presiden Omar Hassan al-Bashir pada 2019.

Sumber: BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here