Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@Imedikel TV
Individu yang mencapai usia 60 hingga 65 tahun biasanya mengalami maslah kesukaran untuk tidur.
Kebanyakan warga emas tidur kurang daripada 8 jam, tetapi ia bergantung kepada individu terbabit.
Jika mereka mempunyai masalah kesukaran untuk tidur iktu adala tanda insomnia.
Dalam kalangan warga emas ramai yang mengalami masalah insomnia.
Antara sebab-sebab berlakunya insomnia adalah:
- Penyusutan pada sel-sel otak
- Pengurangan aliran darah ke otak
- Penyakit seperti jangkitan kuman dalam air kencing atau paru-paru
- Kesan sampingan ubat
- Masalah emosi/ psikologikal
- Ketidakupayaan fizikal
- Perubahan kepada persekitaran seperti berpindah di tempat baru
- Kekurangan aktiviti yang merangsangkan pada siang hari
Kika mereka mempunya masalah tidur, ia boleh dikenali melalui tanda-tanda berikut
- Sukar untuk melelapkan mata
- Susah untuk mengekalkan kenyenyakan tidur
- Terjaga lebih awal dari lazimnya
- Masih merasa letih lesu keesokan pagi
- Kerap terjaga diwaktu malam
Gangguan pada corak tidur boleh mengakibatkan mereka:
- Letih-lesu
- Tidak berminat menguruskan diri
- Kurang daya tahan sakit
- Gangguan tumpuan
- Keresahan dan gelisah
- Perubahan emosi termasuk menjadi murung

Bagaimanapun, mereka tidak perlu risau, kerana menangani masalah tidur boleh dilakukan secara:
Tanpa melibatkan penggunaan ubat:
- Doktor memerlukan maklumat lengkap mengenai punca kepada perubahan corak tidur anda sebelum sebarang cadangan dikemukakan
- Rekodkan corak tidur anda di dalam diari tidur seperti yang disyorkan doktor
- Amalkan latihan relaksasi sebelum masuk tidur
- Belajar teknik amalan tidur yang berkesan
- Kerap meminum susu sebelum tidur
- Elakkan menggunakan bilik tidur untuk aktiviti selain dari tidur dan hubungan kelamin
Rawatan menggunakan ubat khusus: Doktor anda boleh membantu dengan memberi ubat khusus membantu anda tidur secara memuaskan.
Imedikel TV






