Home Luar Negara TULAR: Gadis Mirip Lisa Blackpink Jual Ayam Goreng

TULAR: Gadis Mirip Lisa Blackpink Jual Ayam Goreng

226
0

BANGKOK: Seorang penjual ayam goreng remaja di sebuah pasar di Thailand menjadi popular kerana wajahnya mirip penyanyi K-pop dari kumpulan Blackpink iaitu Lisa, lapor South China Morning Post.

Menurut laporan Agensi, melalui Harian Metro, Kuilthida, 17, yang dikenali sebagai Yeehwa, adalah pelajar sekolah menengah di wilayah Phichit Thailand, kira-kira 300 kilometer di utara ibu kota Bangkok.

Semasa cuti sekolah, dia melawat ibunya Benyapa yang berusia 36 tahun, dikenali sebagai Gig, dan membantu di gerai ayam goreng di pasar di Samut Prakan, selatan Bangkok.

“Saya gembira dan teruja untuk menyerupai penyanyi yang dikagumi seperti Lisa,” kata Yeehwa.

Pemerhati dalam talian gembira melihat minat Yeehwa dalam industri hiburan.

“Dia seperti Lisa versi sekolah menengah,” kata seorang pengguna media sosial.

“Saya ingin melihat dia dan Lisa membuat persembahan di pentas yang sama,” kata seorang lagi warganet.

Lisa kembali menjadi sebutan berikutan pelancaran single baharunya, Rockstar, yang pertama dengan syarikatnya yang baru diasaskan LLOUD, pada 27 Jun.

Video muzik lagu itu berada pada kedudukan nombor tiga dalam senarai muzik yang menjadi sohor kini di YouTube, mengumpul 66 juta tontonan dalam masa lima hari sahaja. -Agensi, HMetro Online-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here