PASIR MAS: Seramai 3,000 peserta menyertai program Karnival Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan Ibrahim (SIS) 1 di sini, hari ini.
Pengerusi Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Pasir Mas, Asroy Azmi berkata pihaknya berbangga dengan sambutan daripada orang ramai yang menyokong program tersebut.
“Untuk makluman, pada awalnya anggaran peserta hanya 1,000 orang tetapi kita dapat melihat sendiri ramai yang memenuhi padang sekolah ini.
“Alhamdulillah, sokongan mereka sangat padu sehingga jumlah peserta mencecah 3,000 orang,”katanya dalam ucapan ketika Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0, di sini.
Pengerusi Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Pasir Mas, Asroy Azmi (tengah) di Karnival Kerjaya dsn Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah SIS, di sini.
Menurut Asroy, program tersebut membuktikan para belia dahagakan aktiviti dan program seperti itu.
“Jika dilihat pada tajuk program hari ini, InsyaAllah kita akan adakan lagi tahun depan dan mungkin juga program ini dijadikan program tahunan,”katanya.
Katanya terdapat mesej tersendiri daripada program tersebut.
“Apa yang kami cuba sampaikan melalui karnival ini adalah menjadikan Islam ini sebagai cara hidup di mana kita mulakan program hari ini dengan solat Subuh secara berjemaah, menjaga kesihatan dengan bersukan kemudian keluar mencari ilmu dan rezeki yang halal dan kembali mendalami ilmu agama pada sebelah malam
Pengerusi Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) bersama pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
“Kita mahu anak muda mengamalkan cara hidup yang seimbang dengan kerohanian, pemikiran dan kebendaan selari dengan konsep Madani itu sendiri,”katanya.