Home Buletin Semasa PROGRAM TVET MENINGKAT SEBANYAK 3.75 PERATUS

PROGRAM TVET MENINGKAT SEBANYAK 3.75 PERATUS

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) meningkat sebanyak 3.75 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata peningkatan itu disebabkan kesedaran daripada pihak ibu bapa itu sendiri mengenai kursus yang ditawarkan TVET.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di tiba di Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan Ibrahim (SIS) 1 di sini, hari ini.
“Saya mengucapkan tahniah kepada masyarakat khususnya ibu bapa kerana sudah mendapat kesedaran yang sangat tinggi mengenai TVET ini.

“Sebelum ini, ramai yang menganggap TVET ini hanya untuk mereka yang tercicir dalam akademik sahaja, tetapi sebenarnya itu tidak benar. Sebaliknya ia adalah laluan kerjaya kepada pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan Ibrahim (SIS) 1 di sini, hari ini.

“Saya berharap dengan adanya program seperti ini masyarakat mendapat pendedahan dan penerangan yang lebih jelas lagi berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan TVET,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan Ibrahim (SIS) 1 di sini, hari ini.

Katanya terdapat lima universiti yang menawatkan kursus TVET antaranya Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknikal Melaka (UTEM), Universiti Tun Hussin Onn Malaysia ( UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMP dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here