Home Luar Negara WANITA TERTUA IRAN DIPERCAYAI MENINGGAL DUNIA PADA USIA 125 TAHUN

WANITA TERTUA IRAN DIPERCAYAI MENINGGAL DUNIA PADA USIA 125 TAHUN

278
0

TEHRAN: Wanita dipercayai tertua di negara ini dilaporkan meninggal dunia pada usia 125 tahun, lapor media tempatan, baru-baru ini.

Masoumeh Sanei Toroghi dilahirkan pada 23 September 1898, di bandar timur laut Mashhad, menurut televisyen kerajaan yang menerbitkan foto kad pengenalannya.

Pada usia 125 tahun, Toroghi lebih tua dua tahun jika dibandingkan wanita Prancis, Jeanne Calment yang secara rasmi diiktiraf sebagai orang tertua di dunia dan meninggal dunia ketika berusia 122 tahun pada 1997.

Iran mula mendaftarkan rekod keluarga pada 1918, iaitu 20 tahun selepas kelahiran Toroghi.

Pada 2020, media tempatan melaporkan kematian seorang individu Kurdis Iran yang umurnya menurut dokumen dalam pengenalannya, berusia 138 tahun.

Menurut Rekod Dunia Guinness (GWR), orang tertua di dunia yang masih hidup pada masa kini ialah Maria Branyas Morera, wanita dari Sepanyol yang akan merayakan ulang tahunnya yang ke-117 pada 4 Mac ini. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here