Home Sukan PEMEGANG REKOD DUNIA MARATON, KIPTUM MAUT KEMALANGAN

PEMEGANG REKOD DUNIA MARATON, KIPTUM MAUT KEMALANGAN

181
0

NAIROBI, Kenya: Pemegang rekod dunia maraton, Kelvin Kiptum dan jurulatihnya, Gervais Hakizimana terkorban dalam kemalangan jalan raya di barat Kenya, manakala seorang lagi penumpang cedera.

“Kemalangan berlaku sekitar jam 11 malam (4 pagi waktu Malaysia). Kenderaan dinaiki tiga orang, dua terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital.

“Dua mangsa yang terkorban adalah Kiptum dan jurulatihnya,” kata Peter Mulinge, komander polis wilayah Elgeyo Marakwet di barat Kenya.

Menurut Mulinge, kereta berkenaan dalam perjalanan ke kota Eldoret di barat Kenya, apabila kemalangan berlaku.

Kiptum mencatat rekod dunia 2:00:35 di Maraton Chicago pada Oktober, 34 saat lebih pantas berbanding rekod terdahulu rakan senegaranya, Eliud Kipchoge. – AFP,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here