Home Buletin Semasa WANITA TERJATUH KE DALAM PERIGI SEDALAM 5.5 METER

WANITA TERJATUH KE DALAM PERIGI SEDALAM 5.5 METER

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila terjatuh ke dalam sebuah perigi sedalam kira-kira 5.5 meter di Kampung Bata Chicha Tinggi, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Sarini Md Yusuf, 56, berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 pagi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Asraf Mat Naizi, berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas dikejarkan ke lokasi kejadian, sebelum pasukan tiba pada jam 7.56 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa benar-benar terjatuh ke dalam perigi sebelum operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas termasuk sistem tali.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi yang membabitkan enam anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) Triton berjaya dikawal pada jam 8.37 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.05 pagi.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here