Home Luar Negara PENINGKATAN KEBAKARAN KETIKA DEEPAVALI: MUMBAI LARANG PEMBAKARAN MERCUN

PENINGKATAN KEBAKARAN KETIKA DEEPAVALI: MUMBAI LARANG PEMBAKARAN MERCUN

NEW DELHI: Pihak berkuasa di ibu kota kewangan India, Mumbai, pada Isnin melarang pembakaran roket dan mercun yang meletup di udara dalam ruang awam serta persendirian sehingga 25 November, berikutan peningkatan kes kebakaran semasa sambutan Deepavali, lapor Xinhua.

Memetik laporan Xinhua menerusi Berita Harian, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Mumbai memaklumkan kawasan berpenduduk padat, bangunan tinggi, kawasan setinggan, jalan raya sempit serta struktur kediaman dan komersial yang rapat meningkatkan risiko kemalangan kebakaran akibat mercun berkenaan, sekali gus mengancam nyawa dan harta benda.

Sekatan itu dibuat selepas Mumbai mencatatkan sebanyak 142 kebakaran pada Ahad, dengan 137 daripadanya berpunca daripada mercun. Dua wanita turut dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.

Deepavali, festival cahaya bagi penganut Hindu, disambut di seluruh India dengan penuh penghayatan dan kegembiraan pada Ahad, dengan orang ramai membakar mercun bagi memeriahkan perayaan itu. – BERNAMA-XINHUA, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here