Home Sukan KANE TERPINGGIR, MESSI CIPTA SEJARAH FIFPRO

KANE TERPINGGIR, MESSI CIPTA SEJARAH FIFPRO

HOOFDDORP: Lionel Messi kembali disenaraikan dalam Kesebelasan Terbaik Dunia Lelaki FIFPRO (World 11)buat kali ke-18, rekod baharu yang dilakarnya, namun pemenang Ballon d’Or, Harry Kane, mengejutkan ramai pihak apabila tidak terpilih dalam pasukan yang ditentukan pemain profesional dari 73 negara.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, Messi, yang mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa pada Ogos selepas membantu Argentina mara ke final Piala Dunia dan masih beraksi di peringkat kelab bersama Inter Miami, dipilih dalam World 11 buat kali pertama sejak tahun 2023.

Pemain berusia 39 tahun itu mengisi barisan serangan bersama Erling Haaland dari Manchester City, Kylian Mbappe dari Real Madrid dan Lamine Yamal dari Barcelona.

Lamine, 19, menjadi pemain pertama yang menerima dua pemilihan World 11 sebelum mencecah usia 20 tahun selepas turut disenaraikan dalam pasukan tahun lalu.

Dia turut disertai rakan sepasukan Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia, Rodri, Pau Cubarsi dan David Raya. 

Ketiadaan Kane mencuri perhatian selepas musim 2025-26 yang cemerlang apabila dia membantu Bayern Munich menjuarai Bundesliga dan mengetuai England hingga ke separuh akhir Piala Dunia.

Pertahanan kanan England dan Chelsea, Lucy Bronze, menjadi wanita pertama menerima sembilan pemilihan FIFPRO World 11 Wanita, manakala penyerang Zambia, Barbra Banda, satu-satunya pemain dari luar England dan Sepanyol yang disenaraikan dalam pasukan pilihan pemain wanita dari 64 negara itu.

Pasukan berkenaan turut menampilkan pemain tengah Sepanyol, Aitana Bonmati dan Alexia Putellas, yang menjadi satu-satunya pemain memenangi Ballon d’Or Feminin sebanyak tiga kali selepas Putellas meraih anugerah ketiganya pada Oktober. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here