Home Luar Negara KANAK-KANAK DIBUNUH SAUDARA UNTUK JUALAN ORGAN

KANAK-KANAK DIBUNUH SAUDARA UNTUK JUALAN ORGAN

RAIPUR (India): Kanak-kanak berusia empat tahun dibunuh di sini dan organ dalamannya seperti buah pinggang, paru-paru dan mata dikeluarkan dijual dalam talian.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, suspek yang juga saudara kepada mangsa dipercayai terpengaruh dengan kandungan media sosial yang mencadangkan kaedah menambah pendapatan.

Lelaki berusia 27 tahun dari Chhattisgarh, India ditahan pada Ahad selepas mayat kanak-kanak itu dibuang ke dalam lubang di ladang di kampung Lodhenapath Mahua, daerah Jashpur.

Mangsa, Jitendra Ram dilaporkan hilang sejak Khamis lalu selepas bapanya, Ramjeet Ram, 36, membuat laporan kepada polis.

Suspek, iaitu saudara sebelah ibu kepada Ramjeet sering berkunjung ke rumah keluarga berkenaan.

Ketika mencari anaknya bersama ahli keluarga lain pada Sabtu, Ramjeet menjumpai mayat anaknya dibalut dengan selimut dan kain tebal berhampiran ladang jagung.

Siasatan awal membawa kepada penahanan suspek yang menetap di kampung berhampiran.

Ketika disoal siasat, suspek mengaku membunuh kanak-kanak itu kerana pendapatan hasil kerja buruh kurang mencukupi dan dia mahu memperoleh lebih banyak wang.

Menurut polis, suspek sering melayari platform media sosial bagi mencari kaedah menjana pendapatan segera sebelum mendapat idea untuk mengeluarkan organ kanak-kanak untuk dijual.

Suspek dipercayai memperdaya mangsa sebelum membawanya ke beberapa lokasi dan memberikan minuman alkohol kepada kanak-kanak itu. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here