Home Segmen Kesihatan URUS UBAT DENGAN BAIK

URUS UBAT DENGAN BAIK

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Mungkin ramai dalam kalangan mangsa banjir terlupa untuk menguruskan ubat ketika musim banjir.

Ada dalam kalangan mereka tergesa-gesa untuk pindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) disebabkan air makin menaik.

Namun, mungkin ada yang terlupa untuk membawa ubat bersama mereka.

Jadi, ikuti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pengurusan ubat selepas banjir.
Pertama,  anda boleh melupuskan ubat yang telah rosak atau tercemar akibat banjir dengan betul.

Kedua, anda disarankan untuk membawa rekod perubatan atau preskripsi untuk mendapatkan bekalan ubat gantian di fasiliti kesihatan berhampiran.

Ketiga, anda juga boleh mendapatkan preskripsi ubat yang baharu jika preskripsi ubat lama sudah rosak atau hilang.

Dan yang terakhir anda dinasihatkan untuk mengambil ubat seperti yang diarahkan walaupun sibuk membersihkan rumah selepas banjir.

Ingat, kesihatan sangat penting untuk anda menjalani rutin harian dengan lebih baik. Pesanan khidmat masyarakat ini khas untuk pembaca IMedikel TV.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here