Home Luar Negara PELAJAR PEREMPUAN MAUT DITIKAM DI DEPUN

PELAJAR PEREMPUAN MAUT DITIKAM DI DEPUN

TOKYO: Seorang pelajar sekolah menengah rendah maut ditikam, manakala seorang lagi cedera pada malam Sabtu selepas diserang seorang penyerang tidak dikenali di sebuah restoran McDonald’s di barat daya Jepun, lapor media tempatan.

Mangsa-mangsa segera dikejarkan ke hospital selepas kes yang berlaku di McDonald’s di bandar Kitakyushu, wilayah Fukuoka, lapor agensi berita Jiji.

Pelajar perempuan itu disahkan meninggal dunia, manakala mangsa kedua, seorang pelajar lelaki, berada dalam keadaan sedar, menurut laporan tersebut.

Suspek lelaki melarikan diri dari tempat kejadian sekitar jam 8.30 malam (1130 GMT) dan pihak polis sedang giat mencarinya, menurut Jiji.

Suspek dipercayai bersenjatakan pisau, tambah laporan itu dengan memetik sumber polis.

Kes jenayah ganas jarang berlaku di Jepun, yang mempunyai undang-undang kawalan senjata api yang ketat.

Namun, kes tikaman dan juga tembakan sekali-sekala tetap berlaku, termasuk pembunuhan bekas perdana menteri, Shinzo Abe, pada 2022.

Pada 2019, dua orang termasuk seorang pelajar perempuan maut ditikam, manakala belasan lagi cedera dalam kes amuk di bandar Kawasaki, Jepun.

Penyerang, seorang lelaki berusia 51 tahun, menyasarkan sekumpulan kanak-kanak yang sedang menunggu bas sebelum menikam dirinya hingga maut. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here