Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan inisiatif penyumberluaran yang dikenali sebagai Hopsital Services Outsourcing Programme (HSOP).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata program itu membabitkan penyumberluaran pesakit dari hospital KKM ke kemudahan dan perkhidmatan jagaan swasta dan pusat perubatan swasta di bawah hospital pengajar universiti.
”Initiatif penyumberluaran ini mempunyai tiga tujuan. Pertama adalah untuk mengurangkan kesesakan di hospital KKM, kedua memendekkan masa menunggu (wait time) untuk mendapatklanm rawatan dan ketiga adalah untuk memperbaiki perkhidmatan Kesihatan,”katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan, Senator Robert Lau Hui Yew berkenaan cadangan kerajaan untuk membeli perkhidmatan daripada hospital swasta, terutamanya di bandar dan kawasan di mana perkhidmatan pakar tidak tersedia di hospital awam dalam Dewan Negara Mesyuarat Ketiga 2024, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas, baru-baru ini.
IMedikel TV






