Home Buletin Semasa LELAKI WARGA THAI DITAHAN CUBA SELUDUP ALAT GANTI MOTOSIKAL

LELAKI WARGA THAI DITAHAN CUBA SELUDUP ALAT GANTI MOTOSIKAL

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV


RANTAU PANJANG: Seorang lelaki warganegara Thailand ditahan oleh Bataliona (BN) 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) kerana disyaki menyeludup alat ganti motosikal ke pasaran tempatan yang dikesan di Sekatan Jalan Raya Cabang Empat Salam, di sini, semalam.

Menurut Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 9 PGA kira-kira jam 8.00 malam apabila ternampak sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di pengkalan haram semasa membuat rondaan Op Taring, di sini.

”Semasa anggota BN 9 PGA tiba di pengkalan haram tersebut, semua suspek telah melarikan diri. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kotak alat ganti motosikal ditemui di dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen yang sah. Alat ganti motorsikal ini dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan.

”Suspek seorang lelaki Thailand berumur 30 tahun ditahan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM8,460″, katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Hasil tangkapan dan rampasan diserahkan ke Komtak PGA Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here