Home Politik UMNO AKAN MUKTAMADKAN SENARAI CALON PRK NEGGIRI MINGGU DEPAN

UMNO AKAN MUKTAMADKAN SENARAI CALON PRK NEGGIRI MINGGU DEPAN

151
0

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

JELI: UMNO bakal memuktamad senarai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri minggu hadapan, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata UMNO Gua Musang sudah selesai membuat senarai pendek nama-nama calon bagi PRK Nenggiri berkenaan.

“Saya amat menghargai surat daripada Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah). Perkara ini akan dibawa ke biro politik untuk dimuktamadkan minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, semalam.

Beliau berkata UMNO yakin dapat merampas kembali kerusi DUN Nenggiri pada PRK yang berlangsung 17 Ogos depan.

Beliau meminta semua jentera Barisan Nasional bekerja keras.

“Kekalahan UMNO di Kelantan termasuk DUN Nenggiri pada Pilihan Raya Negeri lepas membuatkan parti ini tidak pernah mengambil ringan perkembangan politik semasa.

“Kita akan berusaha mendekati penggundi bagi memastikan kemenangan pada PRK Nenggiri,” katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here