Home Segmen Kesihatan PENGENDALIAN DAGING AYAM YANG SELAMAT

PENGENDALIAN DAGING AYAM YANG SELAMAT

174
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Pemakanan dalam kehidupan seharian mestilah terjamin selamat untuk mengekalkan gaya hidup sihat terutamanya dalam pengambilan daging.

Pemilihan daging ayam ketika membeli juga perlu diteliti dan pembeli juga perlu mengetahui ciri-ciri daging ayam yang selamat.

PEMILIHAN DAGING AYAM

1.Segar

2.Isi pejal dan anjal

3.Tidak berlendir

4.Tidak lebam atau kehijauan

5.Tidak berbau busuk

6.Kulit ayam berwarna cerah.

Seterusnya, PROSES MEMBERSIHKAN AYAM juga penting untuk diketahui ramai bagi mengelakkan ianya berbau hanyir.

1.Potong ayam mengikut saiz yang dikehendaki.

2.Cuci dan bersihkan ayam dengan air bersih.

3.Pastikan bekas dan peralatan yang digunakan bersih.

PENYAHBEKUAN DAGING AYAM

1.Rendam dalam bekas bersih di bawah air paip yang mengalir.

2.Gunakan ketuhar gelombang mikro (pilih defrost)

3.Letak di ruang pendinginan peti sejuk.

Selain itu, daging ayam tersebut perlu dimasak dengan sempurna bagi mengelakkan ianya mentah. Penting bagi kita untuk memastikan tiada kesan darah pada tulang atau isi ayam dan pastikan air rebusan ayam berwarna jernih dan bukan merah jambu.

BAGI PROSES PENYIMPANAN DAGING AYAM

1.Ayam yang telah dicuci, sekiranya tidak dibekukan ia perlu dimasak terus kerana dagingnya mudah rosak atau busuk.

2.Pastikan ayam disimpan di ruang sejuk beku.

3.Pastikan ayam segera dimasak jika terputus bekalan elektrik kerana keadaan ayam telah lembut.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here