Home Buletin Semasa ULAR SAWA LEBIH 100KG DITEMUI DALAM KANDANG KAMBING

ULAR SAWA LEBIH 100KG DITEMUI DALAM KANDANG KAMBING

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GUA MUSANG: Seekor ular sawa dianggarkan seberat lebih 100 kilogram berjaya ditangkap oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di dalam sebuah kandang kambing di Gua Madu, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan reptilia itu pada jam 10.33 pagi.

Menurut beliau, sepasukan empat anggota bersama sebuah kenderaan utiliti bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati seekor ular sawa berada di dalam kandang kambing sebelum operasi menangkap reptilia itu dijalankan.

“Ular berkenaan berjaya ditangkap dalam tempoh kira-kira 10 minit selepas pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika pihaknya sampai ular tersebut sudah membaham kambing tersebut.

Katanya, ular tersebut kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here