Home Buletin Semasa JPJ KEDAH SITA PROTON PERSONA DIPANDU WARGA MYANMAR DALAM OPS PEWA

JPJ KEDAH SITA PROTON PERSONA DIPANDU WARGA MYANMAR DALAM OPS PEWA

46
0

SUNGAI PETANI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita sebuah Proton Persona dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) di Kilometer 3, Jalan Penghulu Him–Sungai Jagong selepas mendapati kenderaan itu dipandu oleh seorang warga Myanmar tanpa Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perlindungan insurans yang sah.

Dalam operasi itu, pemandu terbabit dipercayai dalam perjalanan membawa barangan keperluan harian untuk dibawa pulang ke rumah tumpangannya di Bedong sebelum ditahan anggota penguat kuasa.

“Pemeriksaan mendapati kenderaan berkenaan menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh serta tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah.

“Susulan kesalahan yang dikesan, kenderaan tersebut disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum dibawa ke Depoh Sita JPJ Cawangan Sungai Petani untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPJ Kedah, operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan di seluruh negeri bagi memastikan setiap pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya.

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan menyalurkan aduan berkaitan kesalahan trafik menerusi e-Aduan JPJ atau e-mel aduantrafik@jpj.gov.my.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here