Home Luar Negara TWITTER JADI PENTAS UTAMA SEBAR KEBENCIAN DALAM TALIAN – AUSTRALIA

TWITTER JADI PENTAS UTAMA SEBAR KEBENCIAN DALAM TALIAN – AUSTRALIA

171
0

Sydney, AUSTRALIA: Pengawal selia siber Australia menuntut Twitter menjelaskan cara ia menangani mesej dalam talian berunsur kebencian kerana ia dikesan menjadi pentas paling banyak menerima rungutan pengguna di negara itu.

Pesuruhjaya, Julie Inman Grant, berkata beliau sudah menghantar notis undang-undang kepada Twitter bagi menuntut penjelasan selepas satu pertiga daripada semua aduan yang diterimanya adalah berkenaan kebencian dalam talian.

Jumlah itu dianggap tinggi kerana pentas itu mempunyai pengguna yang jauh lebih sedikit berbanding TikTok, Facebook atau Instagram.

Katanya, beliau juga meminta Twitter menjelaskan penilaian kesannya apabila membenarkan semula akaun yang diharamkan, cara ia terbabit dengan komuniti yang terkait kepada kebencian dalam talian dan bagaimana ia menguatkuasakan dasarnya sendiri bagi mengekang tindakan berunsur kebencian.

“Twitter disifatkan sudah melakukan kesilapan tetapi tidak menanganinya.

“Jadi, pentas ini perlu bertanggungjawab dan bertindak melindungi pengguna mereka, anda tidak boleh mempunyai akauntabiliti tanpa ketelusan dan inilah tujuan notis undang-undang yang difailkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan itu, Twitter mesti memberi maklum balas kepada Pesuruhjaya eSafety dalam masa 28 hari atau berdepan denda hampir AUD$700,000 (RM2.2 juta) sehari.

Tuntutan itu dikemukakan ketika Australia menghampiri pungutan suara tahun ini sama ada untuk mengiktiraf Orang Asli dalam Perlembagaan, mendorong perdebatan yang semakin sengit berhubung kaum.

Pengacara televisyen pribumi terkemuka, Stan Grant, juga menyatakan perkauman dan kebencian yang di alami setiap hari di Twitter menyebabkan beliau mengambil keputusan berehat daripada media bulan lalu. 

Sumber: BH Online & REUTERES

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here