Home Luar Negara TRAUMA DAPAT SURAT LAMARAN USTAZ

TRAUMA DAPAT SURAT LAMARAN USTAZ

162
0

Jakarta: Niat seorang wanita Indonesia ke masjid untuk beribadat sepanjang Ramadan, namun kini dia trauma apabila mendakwa jadi tarikan lelaki untuk dijadikan isteri kedua.

Lebih mengejutkan apabila ‘lamaran’ itu daripada seorang ustaz yang dikatakan jatuh cinta selepas kali pertama melihatnya di masjid.

Wanita itu berkongsi kisahnya menerima surat pinangan daripada lelaki terbabit di akaun TikTok @rushkisses_ sebelum ia tular.

Portal Walipop yang menyiarkan kisah itu selepas mendapat keizinan wanita berkenaan melaporkan, video terbabit mendapat 11.6 juta tontonan di media sosial.

Dalam perkongsian secara tangkap layar perbualan, wanita itu berkata, dia menerima surat bersampul coklat daripada seorang ustaz yang pada awalnya disangka meminta bantuan anak yatim.

Apa yang mengejutnya adalah isi surat itu yang berbentuk lamaran, menyebabkan dia trauma dan enggan bertarawih di masjid.

Antara bait surat itu adalah luahan si penulis yang terpikat selepas melihatnya bersolat di masjid dan ingin meminang dia untuk dijadikan sebagai isteri kedua.

“Kemampuan saya adalah saya seorang imam dan mampu memperlakukan isteri dengan adil,” tulis lelaki dikenali Zakir Zakaria.

Perkongsiannya nyata meraih perhatian dan reaksi pelbagai warganet, antaranya yang berkata, ‘romantik melamar menerusi surat’ selain ada kecaman terhadap tindakan lelaki itu yang disifatkan mencalar imej seorang ustaz. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here