Home Luar Negara FENOMENA LAHAINA NOON DI SINGAPURA, KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA

FENOMENA LAHAINA NOON DI SINGAPURA, KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA

165
0

SINGAPURA: Lahaina Noon, satu fenomena di mana bayang-bayang seseorang hampir tidak kelihatan berlaku pada 1.11 tengah hari pada 23 Mac di Singapura.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, fenomena astronomi itu juga akan berlaku selepas ekuinoks musim bunga di Putrajaya pada 27 Mac, dan di Kuala Lumpur pada 28 Mac.

Turut dikenali sebagai hari bayangan sifar, ia adalah peristiwa semula jadi di mana tidak ada bayang terhasil daripada objek yang berdiri tegak, seperti kayu atau tiang.

Profesor geografi di Universiti Nasional Singapura, Matthias Roth, berkata fenomena itu juga akan berlaku pada 19 September jam 12.58 tengah hari, apabila kedudukan matahari berada hampir atau pada 90 darjah.

Beliau berkata, fenomena pada 23 Mac berlaku kira-kira empat hari selepas permulaan musim bunga berdasarkan astronomi, yang ditentukan oleh kedudukan bumi dengan matahari.

Roth berkata, memandangkan Singapura berada di Khatulistiwa secara tepat, matahari pada waktu tengahari akan berada di atas kepala hanya kira-kira empat hari selepas ekuinoks musim bunga itu.

Ekuinoks astronomi musim bunga menghasilkan tempoh kecerahan waktu siang yang seimbang dengan kegelapan waktu malam.

“Atas sebab-sebab sejarah, masa di Singapura adalah satu jam lebih awal berbanding dengan waktu solar.

“Ini bermakna tengah hari berdasarkan pergerakan solar tidak berlaku sehingga kira-kira jam 1 tengah hari, bukannya tepat jam 12 tengah hari, yang juga menjelaskan mengapa waktu matahari terbit dan matahari terbenam masing-masing berlaku sekitar jam 7 pagi dan 7 malam,” katanya.

Pendidik sains kanan Pusat Sains Singapura, Meng Hwee Lim berkata fenomena Lahaina Noon berlaku dua kali setahun di kawasan yang terletak di antara kawasan tropika Cancer dan Capricorn.

“Tempat lain di mana fenomena terbabit berlaku termasuk Malaysia, Brazil, Hawaii, Thailand dan Hong Kong.

“Bagi tempat berhampiran Khatulistiwa, ia biasanya berlaku hampir dengan ekuinoks musim bunga astronomi pada 21 Mac dan semasa ekuinoks musim luruh astronomi pada 21 September.

“Kesannya dijangka kekal selama beberapa minit sahaja,” katanya. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here