Home Buletin Semasa 20.81 TAN MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PEKAN

20.81 TAN MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PEKAN

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

PEKAN: Pengurusan Bencana Daerah Pekan selesai menghantar kira-kira 20.81 tan barangan makanan kering ke 15 pangkalan hadapan di daerah ini sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang kini sudah bermula hingga Mac tahun depan.

Barangan berkenaan bagi menampung keperluan mangsa banjir di 103 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) termasuk mangsa yang terputus hubungan disebabkan perhubungan terputus.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pekan, Azora @ Ahmad  Shamsudin, berkata terdapat sebanyak 103 PPS di daerah ini yang mampu menempatkan kira-kira 19,700 mangsa.

“Tumpuan bantuan di daerah lebih kepada mangsa yang terputus hubungan apabila jalan dinaiki air, selain kampung tradisional turut terjejas kawasan perkampunganan masyarakat Orang Asli,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Flag Off Misi Penghantaran Bekalan Pangkalan Hadapan Daerah Pekan 2026 di perkarangan Dewan Dewan Orang Ramai JPKK Peramu Jaya Tiga, di sini semalam.

Hadir sama Pegawai JKM Pekan, Norbaizura Abdul Latiff dan Ketua Polis Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin.

Katanya, persediaan awal dengan menghantar barangan keperluan ke pangkalan hadapan mampu mengatasi makanan terputus hingga menyulitkan mangsa terutama apabila banjir berlaku di kawasan rendah.

“Kerjasama erat diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pekan melancarkan proses menghantar barangan keperluan ke setiap pangkalan hadapan termasuk 103 pusat pemindahan sementara.

“Barangan yang dihantar ke pangkalan hadapan seperti beras, gula, minyak masak, garam, kopi, teh uncang, sardin, kari ayam dalam tin dan  biskut campuran,” katanya.

Azora berkata, tahun ini kerajaan negeri menyediakan lebih 450 kampit beras lima kilogram (kg) yang di vakum bertujuan untuk memastikan boleh bertahan lebih lama dan bebas daripada serangan serangga.

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata, Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Pekan telah bersedia dengan memperkemaskan sumber manusia, aset air dan darat bagi memastikan kelancaran operasi bantuan sekiranya dipermudahkan.

Katanya, pihaknya juga turut pertingkatkan koloberasi dengan agensi penyelamat diperingkat daerah ini.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here