Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Sebut sahaja kutu kepala pasti ramai yang menggeruninya kerana serangga itu mudah berjangkit dari individu ke individu lain dan menyebabkan rasa gatal yang melampau.
Tanpa disedari, ia menyebabkan ketidakselesaan dan terpaksa menggaru kepala berulang kali.
Kebiasaannya ia kelihatan seperti bukan masalah besar namun ia tidak boleh dipandang ringan dan perlu ditangani segera.
Selain itu, kutu kepala boleh berjangkit melalui sentuhan kulit ke kulit, rambut atau perkongsian barangan seperti tuala, sarung bantal, cadar, sikat rambut dan pakaian.
Individu yang mempunyai kutu kepala perlu mengasingkan diri dan mengambil langkah pencegahan untuk mengelakan penularan parasit ini.
Oleh sebab itu, lebih bagus agar pelajar yang tinggal di asrama untuk tidak berkongsi barangan peribadi serta tidak tidur bersebelahan dengan individu lain bagi mengelakkan penularan kutu kepala.
Akhir sekali, cara untuk mematikan kutu dan telurnya, orang ramai boleh menggunakan kaedah menyikat kutu dengan sikat khas dan menggunakan losyen serta spray rambut setiap hari selama dua minggu.
Sekiranya rambut pendek, tempoh masa untuk menyikat rambut adalah selama 10 minit manakala bagi rambut panjang perlu disikart selama 20 hingga 30 minit.
IMedikel TV






