Home Buletin Semasa TIADA KOMPROMI BAGI SALAH GUNA PERUNTUKAN KERAJAAN

TIADA KOMPROMI BAGI SALAH GUNA PERUNTUKAN KERAJAAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BACHOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan berkompromi kepada mana-mana pegawai atau orang politik menggunakan peruntukan kerajaan untuk kepentingan diri mereka.

“Saya tidak akan bertolak ansur sama sekali dan saya isytihar perang serta saya tidak izinkan mana-mana pegawai atau orang politik salah guna tender untuk “sakau” bagi kekayaan diri mereka.

“Kerana kalau sistem ini tidak betul, dapat hasil banyak pun hilang, kalau dapat hasil banyak sekalipun kalau masing-masing nak kaya diri sendiri dia guna saya tidak izinkan.

“Kalau dia nak berniaga silakan. Tapi kalau dia guna kedudukan dalam kerajaan, jadi Perdana Menteri mesti kaya, jadi Menteri Kewangan mesti bilionair, lingkup negara.

“Walaupun orang kata pilih kasih, itu bukan kerja saya sebab yang siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang dakwa Peguam Negara dan yang putuskan adalah mahkamah.

“Saya sudah dua tahun lebih menjadi Perdana Menteri, sekalipun saya belum pernah bercakap dengan Hakim, nak campur urusan mahkamah. Kamu kaji, kamu teliti, kamu bertanggungjawab kepada Allah SWT,” katanya.

Anwar menegaskan kenyataan itu dalam ucapan beliau dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, di sini, hari ini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here