Pattani, THAILAND: Pemerintah komander, Santi Sakultanak dari markas tentera ke-4 menyatakan jabatan operasi keselamatan dalam negeri (ISOC) wilayah 4, yang mengetuai siasatan itu, sudah meningkatkan usaha dalam mengumpul maklumat dan bukti.
Beliau berkata, agensi keselamatan turut memantau aktiviti mereka.
“Panggilan untuk referendum awam bagi menubuhkan negara Islam merdeka – ‘Negara Patani’, adalah bertentangan dengan perlembagaan dan membahayakan keselamatan negara.” – SANTI SAKULTANAK, Pemerintah Komander

Beliau berkata demikian kepada bernama.
Pada 7 Jun, ‘Pelajar Bangsa’ yang mewakili pelajar universiti dari wilayah-wilayah selatan, dilaporkan menganjurkan referendum olok-olok semasa satu forum untuk meninjau pendapat mengenai sama ada ‘Rakyat Patani’ harus mempunyai hak penentuan diri dan mengadakan referendum yang diperuntukkan secara sah mengenai kemerdekaan.
Forum berjudul ‘Penentuan diri dan kedamaian patani’ itu diadakan di universiti pangeran Songkhla di Pattani.

Media tempatan melaporkan, bahawa pada acara itu peserta diberikan kertas undi yang mengajukan soalan mengenai hak individu di wilayah sempadan selatan untuk mengundi mengenai penubuhan ‘Negara Patani’, atau pemisahan yala, pattani, narathiwat dan empat daerah di songkhla (Thepa, Na Thawi, Chana, dan Saba Yoi) dari Thailand.
Sumber: BH Online & BERNAMA
Imedikel TV






