Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Masalah tekanan di tempat kerja adalah sesuatu yang normal dan sering diperkatakan oleh ramai orang.
Namun tahukah anda, tekanan kerja yang berpanjangan boleh merosakkan tubuh badan dengan pelbagai cara kerana ia memberi kesan pada hampir semua sistem tubuh.
Mungkin dari segi luaran, kelihatan seperti dalam keadaan normal, tetapi ia boleh memberi kesan yang mendalam pada dalaman dan fizikal badan seperti angan cepat berpeluh dan tidak senang duduk.
Satu kajian baru-baru ini, mendedahkan bahawa tekanan boleh merosakkan jantung dan meningkatkan risiko penyakit itu.
Menurut Health and Safety Executive, tekanan merupakan antara punca cuti sakit jangka panjang yang paling biasa di tempat kerja.
Berikut beberapa cara bagaimana tekanan di tempat kerja merosakkan tubuh anda:
- Jantung – Tekanan di tempat kerja boleh menggandakan risiko untuk mengalami degupan jantung tidak teratur yang berpotensi membawa maut.
- Otak – Tertekan dalam mana-mana keadaan boleh menjejaskan otak malah membuatkan pekerja mudah mengalami kemurungan.
- Kesuburan – Tekanan berkaitan kerja bukan sahaja mengganggu mood, ia juga boleh menjejaskan keupayaan untuk mempunyai anak.
- Imuniti – Tekanan mungkin membuat anda lebih mudah jatuh sakit kerana apabila anda tertekan, tubuh anda mengeluarkan kortisol yang dalam dos kecil sebenarnya boleh membantu menguruskan tekanan.
Oleh sebab itu, menguruskan tekanan amat penting untuk kesejahteraan dan mengelakkan kesan negative pada badan.
IMedikel TV






