Home Buletin Semasa PESERTA CILIK TERUJA PAKAI GANDIK DAN SANGGUL LINTANG SEPERTI CIK SITI WAN...

PESERTA CILIK TERUJA PAKAI GANDIK DAN SANGGUL LINTANG SEPERTI CIK SITI WAN KEMBANG

313
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Busana kebudayaan mempesona semakin menyerlah dengan padanan aksesori tradisional terutama apabila digayakan pada peserta cilik.

Peserta cilik, Qadeeja Qaisara Hilmi, 7 dari Sekolah Kebangsaan Cenderung, ketika ditemui menceritakan perasaannya teruja akan pemakaian aksesori di kepala seperti gandik dan sanggul lintang yang melambangkan keanggunan warisan melayu serta bajunya yang menepati tema ‘Cik Siti Wan Kembang’.

“Baju kebaya songket berwana coklat keperangan ini dijahit khas untuk menyertai pertandingan busana tercantik ini.

“Saya memang suka bergaya dan melawa lebih-lebih lagi memakai pakaian tradisional begini,” katanya ketika ditemui pada FunWalk ‘Sarong Batik’ di Kota Bharu Medical Centre (KBMC), di sini, pada Sabtu.

Ibunya, Sarah Syazwani Sudin, 33, berkata anaknya (Qadeeja) sangat minat akan warisan kebudayaan dan tarian seperti orang lama.

“Jadi saya sebagai sokong sahaja minatnya,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here