Home Luar Negara 4 MAUT DALAM NAHAS HELIKOPTER DI RUSSIA

4 MAUT DALAM NAHAS HELIKOPTER DI RUSSIA

124
0

MOSCOW: Sekurang-kurangnya empat terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di wilayah Kirov, Russia, lapor agensi berita Jerman dpa.

Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow, menurut Kementerian Situasi Kecemasan Russia.

Selain juruterbang, seorang doktor dan dua paramedik dilaporkan berada dalam helikopter itu.

Punca kemalangan masih belum didedahkan dan siasatan berhubung kejadian telah dilancarkan.

Helikopter Mi-2 dihasilkan dari pertengahan 1960-an hingga akhir 1990-an. – BERNAMA-DPA, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here