Home Buletin Semasa TANAH RUNTUH HEMPAP RUMAH

TANAH RUNTUH HEMPAP RUMAH

171
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA KRAI: Tanah runtuh menghempap sebuah rumah di Kampung Ngangah, di sini, tengah hari tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Khairul Duha Abd Halim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada system MERS kira-kira jam 1.38 tengah hari.

“Komander Operasi lapor sampai di lokasi dan didapati benar berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit menghempap bahagian hadapan rumah, pagar rumah dan garaj kenderaan.

“Keluasan kawasan yang terlibat 25 kaki lebar 40 kaki tinggi. Keadaan di tempat kejadian masih berlaku pergerakan tanah akibat air hujan lebat,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai tiba di lokasi kejadian.

Bagaimanapun menurutnya tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here