Home Buletin Semasa KELANTAN TETAPKAN 7 KATEGORI PREMIS PERLU DAPAT SIJIL HALAL

KELANTAN TETAPKAN 7 KATEGORI PREMIS PERLU DAPAT SIJIL HALAL

317
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menetapkan tujuh kategori premis yang perlu mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi memperoleh Lesen Kekal Perniagaan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah, dalam kenyataan di laman Facebooknya tujuh kategori perniagaan makanan tersebut adalah dapur hotel, premis di lapangan terbang, pusat beli-belah, kopitiam, restoran berantai, restoran makanan segera atau francais dan kedai kek, roti serta kilang perusahaan.

“Tujuh kategori tersebut sememangnya perlu memohon SPHM kerana sentiasa menjadi pertikaian dikalangan pengguna Muslim disebabkan sebahagian daripada bahan dan ramuan produk mereka ada bersumberkan rantaian bahan mentah yang diimport dari luar negara dan ada juga status halalnya diragui.

“Sekiranya peniaga inginkan premis dan produk mereka berstatus HALAL maka pemohon hendaklah melalui proses standard yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)/Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) bagi mendapatkan SPHM tersebut,”katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mengikut data yang diperolehi sepanjang tahun 2024 sebanyak 453 buah premis telah diberikan SPHM.

“Daripada jumlah itu pula sebanyak 198 premis sedang beroperasi di Kota Bharu dan daripada jumlah tersebut terdapat 48 produk adalah kepunyaan Non-Muslim. Ini adalah satu perkembangan yang baik untuk industri halal di Kelantan yang semakin mendapat sambutan dikalangan masyarakat Muslim di Malaysia.

“Keputusan dasar mensyaratkan SPHM tersebut oleh Pihak Berkuasa Negeri sebenarnya bukanlah dibuat secara tergesa-gesa malah telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2016 lagi. Keputusan ini diperhalusi pula oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan pada tahun 2020 yang mana telah dipersetujui dikenakan kepada tujuh kategori perniagaan tertentu sahaja dan bukannya disyaratkan kepada semua jenis premis, kiosk tepi jalan atau gerai perniagaan sebagaimana yg difahami awam di dalam hantaran dan komen-komen media sosial,”katanya.

Tambahnya walaupun Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam MPKB-BRI mempunyai kuasa mengeluarkan lesen perniagaan di bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian 1985 namun MPKB-BRI tidak lagi mempunyai punca kuasa utk mengeluarkan Lesen Kekal kepada 7 kategori Perniagaan Terpilih itu kerana terikat dengan keputusan yang telah dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri.

“Oleh itu, MPKB-BRI telah mengambil inisiatif yang baik dengan mengeluarkan LESEN SEMENTARA sehingga kesemua tujuh kategori perniagaan tersebut berjaya memperolehi SPHM masing-masing sebagai pra-syarat untuk mendapatkan LESEN KEKAL,”katanya.

Bagaimanapun menurutnya SPHM tidak terpakai kepada premis khas untuk Non-Muslim, tetapi akan dikenakan sekiranya premis milik Non-Muslim tersebut turut menjual produk makanan mereka kepada pelanggan Muslim.

“Keputusan SPHM oleh Pihak Berkuasa Negeri hanyalah berkait dengan premis yang dilanggan oleh pelanggan Muslim dengan mensyaratkan bahawa SPHM mesti diperolehi terlebih dahulu sekiranya peniaga ingin mendapatkan Lesen Kekal Perniagaan

“Isu sekatan terhadap hidangan Bak Kut Teh, Char Siu dan Siu Yuk (khinzir panggang) sebagaimana dibangkitkan Timbalan Menteri komunikasi, Teo Nie Ching adalah tidak tepat kerana produk non halal boleh terus dijual di kesemua premis Non-Muslim untuk pelanggan Non-Muslim sahaja. Isu sijil halal sebenarnya tidak berkait dengan produk non halal dan langsung tidak akan menghakis ekonomi bukan Melayu sebagaimana dakwaan meleset oleh YB Teo Nie Ching,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here