Home Sukan PEMAIN KEDAH KENA ‘SCAM’ DENGAN PENGURUSAN

PEMAIN KEDAH KENA ‘SCAM’ DENGAN PENGURUSAN

167
0

KUALA LUMPUR: Kedah Darul Aman (KDA) FC terus dikenali seantero dunia apabila terdapat pemain terus mendedahkan pihak pengurusan masih gagal membayar gaji penuh kepada mereka hampir lapan bulan lamanya.

Melihat situasi seperti ini, pemain KDA FC beranggapan apa yang mereka lalui ketika ini sangat mencabar dan pihak yang bertanggungjawab seperti buntu mencari jalan penyelesaian.

“Berkenaan gaji tertunggak lapan bulan itu, memang betul itu terjadi. Sudah nak masuk 2025, tapi kami masih tidak merasa gaji bulan (bayaran penuh) lagi.

“Tak tahu nak cakap macam mana dah, teruk sangat dah sekarang,” kata pemain itu.

Katanya lagi, pihak pengurusan cuba ‘memancing’ pemain dengan membayar sedikit untuk memastikan pemain turun ke latihan dan bermain pada hari perlawanan.

Namun ada kala, pemain juga seperti di ‘scam’ oleh majikan mereka sendiri.

“Kadang-kadang mereka bagi sedikit duit antara RM 1000-RM 3000 untuk beli barang dapur, bayar motor. Tapi untuk bayar rumah dan kereta mana lepas dengan jumlah itu.

“Itu pun kalau ada perlawanan, baru nak bagi. Kadang-kadang hari perlawanan pun tak dapat apa-apa langsung.

“Ini semua ujian untuk kami hadapi perkara ini,” katanya.

Isu tunggakan gaji di Liga Malaysia seperti ‘barah’ tahap empat apabila ia dilihat semakin sukar mencari penawar yang berkesan untuk menyelesaikan perkara ini.

Situasi pemain KDA FC juga dilihat lebih teruk daripada pekerja asing yang bekerja 12 jam sehari tetapi cukup bulan, mereka akan tersenyum lebar menerima gaji hasil titik peluh mereka. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here