Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KUALA KRAI: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas dua lori bertembung dalam kemalangan jalan raya di Sungai Sok, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.02 petang itu, ketiga-tiga mangsa lelaki dilaporkan tersepit dalam kenderaan terbabit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sebelum mengarahkan BBP Kuala Krai ke lokasi.
“Pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada jam 2.29 petang, kira-kira 25 kilometer dari balai.
“Komander Operasi sampai di lokasi lapor didapati benar berlaku kemalangan.
“Pemeriksaan mendapati kemalangan membabitkan dua lori yang bertembung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, tiga mangsa lelaki dewasa ditemukan tersepit dalam kemalangan berkenaan.
“Dua mangsa lelaki dewasa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Seorang lagi mangsa lelaki dewasa disahkan meninggal dunia,” katanya
Operasi menyelamat disertai sembilan anggota BBP Kuala Krai dengan kekuatan sebuah jentera Fire and Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan utiliti Hilux.
IMedikel TV




