Home Buletin Semasa POLIS KESAN LELAKI TENDANG KANAK-KANAK PEREMPUAN DALAM VIDEO TULAR

POLIS KESAN LELAKI TENDANG KANAK-KANAK PEREMPUAN DALAM VIDEO TULAR

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Polis sedang mengesan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang terlibat dalam rakaman video tular memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai disepak lelaki di sebuah kedai makan masakan Thai terkenal di Telipot, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada orang awam berhubung video berkenaan pada kira-kira jam 10.24 malam.

Menurutnya, video yang tular di media sosial aplikasi Threads itu memaparkan seorang lelaki disyaki bertindak kasar dengan menyepak seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya.

“Video tersebut telah dimuat naik sendiri oleh pemilik kedai makan berkenaan di laman sosial Facebook miliknya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Pihak polis masih dalam tindakan untuk mengesan suspek dan mangsa dalam rakaman video yang tular tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada Inspektor Nur Faraheen Azman Lim di talian 011-11136722 bagi membantu siasatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here