Home Sukan KONTINJEN CHINA BUKTI KEHEBATAN SELAKU JUARAASIAN UNIVERSITY TABLE TENNIS

KONTINJEN CHINA BUKTI KEHEBATAN SELAKU JUARAASIAN UNIVERSITY TABLE TENNIS

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Kontinjen China muncul juara keseluruhan Kejohanan 2026 Asian University Table Tennis Championship di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kampus Paya Besar, di sini, kelmarin.

Tempat kedua berpihak pihak pada kontinjen Chinese Taipei dan ketiga milik Chinese Taipei. Kejohanan lima hari itu menghimpunkan 10 kontinjen universiti Asia.

Seramai 83 pemain membabitkan 43 lelaki dan 40 wanita bersaing dalam tujuh acara yang dipertandingkan, mereka bersaing dengan sengit dan penuh semangat kesukanan.

Dalam acara perseorangan pemain China, Xuansong Yuan meraih pingat emas selepas menewaskan rakan senegaranya Xuanyi Chen dan pingat gangsa milik Pin Han Wang dari Chinese Taipei.

Acara perseorangan wanita,
Aige He dari China muncul juara selepas menewaskan Ruyun Liu dari Chinese Taipei dan ketiga Sze Yu Luk dari Hong Kong China.

Dalam kategori berpasukan lelaki, pasukan China meraih pingat emas, pingat perak Chinese Taipei dan pingat gangsa Australia.

Kategori berpasukan wanita, pasukan China meraih pingat emas diikuti pingat perak, Chinese Taipei dan Korea Republic A pingat gangsa.

Saingan kategori konsolasi menyaksikan pemain negara, Lim Wen Syin, muncul juara perseorangan wanita, manakala Chuan Kuan Chien juara acara perseorangan Lelaki. Pasukan wanita negara mencatat kejayaan membanggakan apabila menjuarai acara berpasukan.

Majlis penyampaian hadiah dan penutupan kejohanan disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Agha Khilfi Suarno,

Hadir sama Setiausaha Agung ASEAN University Sports Council (AUSC), Chiang Chai Liang.

Menurut Agha Khilfi, kejohanan yang diadakan menjadi medan persaingan sukan selain sebagai platform memperkukuh hubungan persahabatan, persefahaman budaya dan jaringan kerjasama dalam kalangan mahasiswa Asia.

“Penganjuran 2026 Asian University Table Tennis Championship di UMPSA membuktikan kemampuan UMPSA menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa serta memperkukuhkan kedudukannya sebagai hab kecemerlangan sukan universiti di rantau ini,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here