Home Buletin Semasa JENAZAH DR AINUL BARAAH SELAMAT DIKEBUMIKAN DI BAUNG, PENGKALAN CHEPA

JENAZAH DR AINUL BARAAH SELAMAT DIKEBUMIKAN DI BAUNG, PENGKALAN CHEPA

Oleh: Afrizam Arif @I Medikel TV

KOTA BHARU: Jenazah pegawai perubatan Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada 2.20 petang, hari ini.

Urusan solat jenazah disempurnakan di Masjid Al-Karamah, Kampung Baung, di sini selepas solat zuhur.

Suasana pilu menyelubungi pengebumian jenazah pegawai perubatan berkenaan dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, sanak-saudara dan rakan Allahyarham.

Terdahulu, Selasa lalu, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Marudi, Sarawak.

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah, pembantu perubatan, Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri mendapati punca kematian kesemua mangsa adalah disebabkan kecederaan melecur teruk.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here