Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Beberapa kawasan tertentu di Tanah Merah dan Kuala Krai dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.
Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab, tempat yang terlibat di Tanah Merah adalah membabitkan kawasan Bendang Nyiur, Klewek, Batu Gajah, Manal, Gual Ipoh, Batang Merbau dan Jedok.
Di Kuala Krai pula, kawasan yang terlibat seperti Bukit Sireh, Lubuk Simpul dan Keroh.
APM mengingatkan orang ramai untuk berpindah ke tempat selamat sekiranya paras air semakin meningkat.
IMedikel TV






